Kita ingin segalanya indah
Semurni pantai yang putih bersih
Indahnya bagai tersusun madah
Bersemi ukhuwah dipupuk kasih
Kita rindukan kasih sayang
Untuk hiasi taman hati
Dalam melalui perjalanan suci
Ingin menuju arah Tuhan
Perlu tetap tujuan kita
Baru kehidupan aman berpanjangan
Demi perjuangan perlu satu hati
Tetapkan iman di dalam diri
Perintah Allah wajib dipatuhi
Sunnah Rasul perlu dicontohi
Biar keikhlasan kita berbicara
Barulah terhindar sengketa sesama
~TOGETHER WE CAN~
"Coming together is a beginning,
Staying together in a progress,
And working together is SUCCESS!!"
~tHe bEsT aNd mOst beAutiFul tHingS caNnot bE seEn oR eVen t0uCheD...thEy mUst bE feLt wiTh tHe heArt~
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar..
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan..
Sahabat sejati menjadi pendorong impian..
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..
Mirwana - Hikmah Kembara
Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia
Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan
Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya…
ini kembara kita
Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia
ROSES ARE RED
Roses are red,
Violets are blue,
Sugar is sweet,
And so are you.....=)
~ Zain Bhikha ~ We Are Your Servants ~
Ya Allah Ya Allah
Siyizisebezako Ya Allah
Ya Allah Ya Allah
We are you servants, Ya Allah
La ilaha illa ’Llah
Muhammadu ’r-rasulu ’Llah
(Zulu) Ngowokuqala i Muslim
i Qur’an Engiphila Ngayo
Ngiyaluzwa Lidumo Lwe Adhan
Lusihlanganisa Njengama Muslim
I am a Muslim
Qur’an is my guide
I hear the calling Adhan
With it we unite
Ukuqala Kosuku
Luka Allah Ziyaqhakaza
Zonke izinto Zika Allah
Ezijabulisayo
When Allah starts the day
And the night fades away
All things blossom
In a beautiful way
Sizoba Amagugu Ebusweni Bakhe
Uma Silandela Ukhanya Lwakhe
Kufanele Silandele iindlela Zaba Profethi
Sihlale Sijabule, La ilaha illa ’Llah
We are special only
If we follow His light
The way of Muhammad
Calling to Paradise
.::HaLwA TeLinGa, PeNgHiaS SuaSaNA::.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran
Dunia ini umpama lautan yang luas...
Kita adalah kapal yg belayar di lautan yg telah ramai kapal karam di dalamnya…
Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini...
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis airmata menyapa air mata satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Kamu siapa pula?"
Jawab titis air mata kedua "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu pergi dengan begitu sahaja".
"Ya Allah,kalau benarlah dia diciptakan oleh Mu khas untukku, maka pertemukanlah kami & satukanlah hati hati kami dengan ada batas batas syariat yang ditetapkan olehmu..Tapi andaikata dia bukan
untukku,buangkanlah perasaan ini jauh jauh & tunjukkanlah padaku jalan yang sebenarnya Ya Allah.."
Your blog is a peaceful, calming force in the blogosphere.
You tend to avoid conflict - you're more likely to share than rant.
From your social causes to cute pet photos, your life is a (mostly) open book.
Under 12: You are a kid at heart. You still have an optimistic life view - and you look at the world with awe.
13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world.
20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.
30-39: You are a thirtysomething at heart. You've had a taste of success and true love, but you want more!
40+: You are a mature adult. You've been through most of the ups and downs of life already. Now you get to sit back and relax.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
Ayat 216, Surah Al-Baqarah
diam tak diam Ramadhan semakin meninggalkan kita......
Hikmah Lailatul Qadar Oleh Saidul Amin Usman
LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini
disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan
al-Qadr.
LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini
disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan
al-Qadr.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran
itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang
memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar
disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu
Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang
yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama
nilainya dengan beramal seribu. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar
itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)
Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak
sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan
peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama
dengan amalan umat sebelum mereka.
Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu
diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau
takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan
memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang
melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa
al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran
pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul
yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam
mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana
Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam
kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.
Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan
malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap
makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang
untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga
ke malam al-Qadar tahun depan.
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat
mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan
malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini
berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam
berbeza.
Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam
yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini
berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan
oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud.
“Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada
malam 27.”
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30
kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada
kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam
al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr
terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul
Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga
adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi
berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil
pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis
daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah
sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada
akhir Ramadan.”
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu
kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam
ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis
Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku
pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar
supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan
tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada
Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.
nota kaki: syukur alhamdulillah..wahhh bestnya......................................................... lps nk byr duit road tax ngan insurance kete n beshopping raya skit.... time kasih petronas =)(19/9/2008)
Posted at 9/20/2008 4:39:23 am by wani_jaafar
zahar September 14, 2009 07:24 AM PDT assalamualaikum,
saya tertarik dengan seni reka dan animasi web page kamu. banyak pengajaran dan iktibar serta rahsia di sebalik nya. sesungguhnya kamu seorang yang kreatif minda dan rajin di dalam membuat sesuatu. Insya Allah, saya doakan kamu bertemu dengan jodoh yang baik juga seperti kamu. Orang yang baik mendapat jodoh yang baik jugak. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009.
sitiwani September 26, 2008 04:11 PM PDT salam'alaik ema.
tula kn..da lama tak borak2 dgn ema.
smoga ema pun sihat2 hendaknya..
akak juga mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf di ats sgala tekasar bahasa sepjg perknalan kita..
tq byk2 ema..akak juga mendoakn smoga ema menemui malam al-Qadar, insyaAllah.amin.
hehe..tq mengingatkn akak.. takleh membazir2 sgt sbb pasni kene menyimpan duit plak..huhu
ok ema..
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin =)
ema September 22, 2008 10:38 AM PDT salam'alaik kak wani.
lama dh xcontact.
hrp2 kak wani sihat alhamdulillah.amin.
di sini, ema nk mohon ampun maaf jika ada kata2 yg mnyinggung hati kak wani.
moga2 dirimu menemui malam al-Qadar, insyaAllah.amin.
dan selamat hari raya aidilfitri.
nk brshopping pun igt2 la skit eh.
jgn smpai mbazir pula.
ok.gtg.wassalam. :]